Friday, August 21, 2009

Kaum lain wajar menilai pengorbanan Melayu

Oleh Jamhariah Jaafar-Berita harian 21 Ogos, 09

ADA cadangan supaya tradisi pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diguna pakai sekarang perlu dikaji semula dengan mengambil kira kehendak pengundi di sesuatu kawasan itu.

Cadangan itu dilontarkan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pengagihan kerusi ketika ini mengikuti konsep ‘diwarisi’ iaitu parti sama bertanding kawasan diperuntukkan kepadanya walaupun peluang menang tipis.

Entah bagaimana isu mengenai agihan kerusi itu muncul kembali di kalangan pemimpin BN. Mungkin disebabkan kemelut perkauman yang makin terasa sejak akhir-akhir ini, mendorong Mohamed Khaled membuat cadangan yang agak mengejutkan itu.

Menurut Mohamed Khaled, mungkin sudah tiba masanya tradisi itu dikaji semula sebagai salah satu aspek transformasi untuk memastikan kejayaan kepada BN, dengan mengambil kira kehendak pengundi termasuk komposisi kaum di sesuatu

Cadangan ini menerima pro dan kontra ahli akademik dan politik. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, bersetuju dengan pendapat Khaled supaya agihan kerusi dibuat berdasar komposisi bangsa pengundi.

“Sepatutnya calon diletakkan mengikut kehendak pengundi bukannya secara tradisi. Jika letak calon MCA tetapi (akan) ditolak lebih baik letak calon Umno ataupun MIC, begitu jugalah sebaliknya,” katanya.

Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata sudah tiba masanya BN membuat pertimbangan mengenai perkara ini dan apa pun keputusannya, ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen BN manakala peratusan pengagihan juga tidak memberi kesan terhadap mana-mana parti.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, pula berkata saranan Khaled boleh menimbulkan kontroversi dalam BN walaupun ramai yang sukakannya.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata cadangan Khaled tidak mungkin dapat diterima kerana parti komponen seperti MIC atau Parti Progresif Rakyat (PPP) akan menerima kesan serius kerana tidak ada bangsa India menjadi majoriti di mana-mana kerusi pilihan raya.

“Setakat ini, kawasan terbanyak pengundi India pun sekadar mencatat 29 peratus. Jika cadangan ini diambil kira, MIC dan PPP tidak akan mendapat sebarang kerusi. Pada saya, ini adalah cadangan peribadi Khaled,” katanya.

Mengimbau kepada pilihan raya pertama pada 1955 yang kali julung kali menggabungkan parti Umno, MCA dan MIC, jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Parti Perikatan (ketika itu) yang didominasi Umno membuat pengorbanan dan kompromi begitu besar.

Umno dengan rela hati bersetuju meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu, walaupun majoriti pengundi Melayu pada ketika itu ialah 84.2 peratus.

Sewajarnya berdasarkan bilangan pengundi, Umno boleh membentuk kerajaan dengan dua pertiga kerusi terdiri daripada calon Melayu tanpa perlu bergabung dengan MCA dan MIC, tetapi hal ini tidak dilakukan.

Sebaliknya, Umno sebagai sebuah parti berpaksikan bangsa Melayu, hanya diperuntukkan 35 kerusi (69 peratus) dan jika mengikut jumlah pengundi, MCA sepatutnya hanya mendapat dua kerusi, tetapi diberi sehingga 28 kerusi (tambahan 650 peratus). MIC yang sepatutnya tidak mendapat kerusi, diperuntukkan tiga kerusi (200 peratus kerusi tambahan).

Tunku Abdul Rahman ketika itu menegaskan “orang Melayu sedia memberikan hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang begitu banyak daripada hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada kaum bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat orang Melayu.”

Sikap toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman yang dipamerkan bangsa Melayu ketika itu turut diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti diperkatakan bekas Setiausaha Agung MCA, TH Tan iaitu:

“... mereka (bangsa Melayu) dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan saja mereka melepaskan kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, tapi mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon Cina dan India.”

Cadangan Khaled adalah luahan kekecewaan bangsa Melayu melihat teman bangsa lain yang cuba mempolemikkan kembali isu perkauman. Sikap toleransi, berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman sewajarnya bukan hanya berada atau diminta berada di sanubari bangsa Melayu... bangsa Malaysia lain juga patut menyemai nilai sama di dalam diri masing-masing.

Justeru, tidak ada pegangan dan pendirian yang lebih baik untuk menjadi amalan seluruh rakyat Malaysia hari ini, selain berpegang kepada konsep 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang nyata memiliki wawasan sama dengan Perdana Menteri Pertama.

Read more...

SIAPA SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM DI MATA MOHAMAD SABU.

oleh: Musli Oli

Tuan Haji Mohamad Sabu. "Anwar adalah seorang yang ganas malah lebih ganas dari Mahathir"

Dalam pemilihan Muktamar PAS baru-baru ini, Hj Mohamad Sabu bertanding kerusi timbalan presiden tetapi tewas. Beliau tempat ketiga dibelakang Husam Musa dan Nasharuddin Mat Isa. Mohamad Sabu bukan team Erdogan, juga bukan team presiden. Beliau teamnya sendiri. Orang yang kenal Mat Sabu tahulah siapa Mat Sabu sebenarnya.

Anwar dan Mohamad Sabu mempunyai sejarah politik yang tersendiri. Mohamad Sabu dan Datuk Seri Anwar tidak boleh menjadi sekutu politik walaupun mereka berada dalam satu kapal. Anwar tidak pernah suka dengan Mohamad Sabu dan Mohamad Sabu pula tidak pernah kisah orang suka dirinya atau tidak suka. Tak betul dia belasah. Betul dia akan sokong. Itulah trademark Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu adalah pemimpin PAS yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim ketika Anwar dalam UMNO. Mat Sabu pernah ditahan dua kali dibawah ISA dan pernah menjalani perintah buang daerah ke Kuala Pilah dengan pergerakan terhad. Kesalahannya? Menghasut dengan melabel Anwar Ibrahim sebagai “eleman yang paling bahaya kepada umat Islam dan Melayu Malaysia”.

Pada tahun 1982 bila Anwar sertai UMNO, ramai rakan-rakannya dalam PAS terkejut beruk. Hampir semua tidak percaya termasuk Allahyarham Hj Fadzil Nor yang Anwar akan menyertai Dr Mahathir. Sebagai Presiden ABIM, kelihatan Anwar sangat condong kepada perjuangan PAS. Tetapi Anwar telah tercium bau darah. Anwar lihat “kuasa” dalam UMNO. Anwar bijak mempengaruhi Dr Mahathir. Untuk sampai kejawatan kedua tertinggi dalam kerajaan dan parti banyak kepala orang dipijak Anwar.

Anwar banyak mencipta musuh dalam dan luar UMNO. Tetapi Anwar bijak menggunakan kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri kewangan. Anwar mencipta networks bukan sahaja didalam negara tetapi juga luar negara. Anwar mencipta kekayaan yang luar biasa melalui sahabat-sahabatnya termasuk Azmin Ali, Kamaruddn Jaafar, Kamaruddin Mat Nor, Rashid Hussain, Tajuddin Ramli dan ramai lagi.

Rashid Hussain adalah warga negara Singapura yang memiliki firma saham sekuriti dan mengambil alih D&C Bank di Malaysia sebaik sahaja Anwar menjadi Menteri Kewangan. Kecoh sekejap tapi Anwar bijak menutupnya.Mohamad Sabu pernah menyatakan Anwar Ibrahim adalah seorang yang ganas, malah lebih ganas berbanding Dr Mahathir (Temuramah dengan majallah Tamadun pada 14 Jun 1998).

Pidato-pidato Anwar mengecam dan mengutuk parti PAS ketika dalam UMNO masih terngiang-ngiang ditelinga Mohamad Sabu. Namun satu perkara yang terpaksa diakui beliau ialah Anwar Ibrahim mempunyai PR yang amat baik. Baik ketika berdepan dengan lawan atau kawan, PR Anwar cukup bagus. Anwar bijak sehingga musuh yang hendak ditenggelamkan masih tidak sedar mereka hampir lemas.Begitulah hebatnya Anwar pada pandangan Mohamad Sabu. (petikan selepas ubah suai dari buku “Agenda Anwar, Dilema Pas” terbit Oktober)

Read more...

Sambutan Hari Merdeka di Parlimen


NASIONAL
Sambutan Hari Merdeka di Parlimen

KUALA LUMPUR: Lokasi bagi sambutan Hari Merdeka ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan ditukar, berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) yang semakin meningkat selain bagi menghormati Ramadan. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata upacara sambutan itu mungkin diadakan di tempat lebih kecil iaitu di pekarangan Parlimen. "Kita mempunyai dua pilihan iaitu sama ada di pekarangan Parlimen atau di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Parlimen adalah pilihan pertama kita memandangkan kawasan itu tidak pernah diadakan majlis seumpama ini.

"Tetapi, jika ada halangan, mungkin kita pilih di pekarangan Bangunan Sultan Abdul Samad," katanya pada majlis pelancaran program MenjalurGemilangkan Kuala Lumpur 2009 di sini, semalam. Rais berkata, kementeriannya sudah membentangkan perkara itu kepada jemaah menteri serta mendapat nasihat Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan perhimpunan secara besar-besaran diadakan. "Kita memikirkan suasana bulan puasa dan ibu bapa yang risaukan pembabitan anak mereka dalam perhimpunan besar-besaran lantaran H1N1 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga berkata perhimpunan besar akan memudahkan jangkitan virus itu," katanya.

Beliau berkata, walaupun sambutan kemerdekaan kali ini diadakan sederhana dan di tempat lebih kecil dan padat, implikasi serta slogan 1Malaysia yang menjadi tema kali ini tetap disemarakkan. - Bernama

Read more...

Monday, August 10, 2009

Tentang pengkhianat bangsa Melayu: TPM

Tentang pengkhianat bangsa Melayu: TPM
Oleh Nazura Ngahmailto:Ngahnazura@bharian.com.my


Bertindak awal sebelum menyesal kemudian

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pertubuhan yang menjaga kepentingan orang Melayu menentang habis-habisan penderhaka dan pengkhianat yang secara terang-terangan mahu mencabul hak serta kepentingan bangsa Melayu untuk menjayakan politik peribadi. Timbalan Perdana Menteri mengingatkan mereka supaya bertindak awal bagi mengelak menyesal kemudian hari seperti pepatah Melayu 'sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.'
More:...............

Read more...

Sunday, August 9, 2009

Loke Siew Fook (Ketua Pemuda Kebangsaan DAP) Hina Sultan Pula Selepas Hina Islam dan Pendakwa Cina Islam.

Loke Siew Fook - Dalam hal ini ISA halal digunakan.

SETELAH PUAS menghina agama Islam dan pendakwah Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah, kini Ketua Pemuda DAP Kebangsaan (DAPSY), Loke Siew Fook di dalam blognya The Might of Pen dengan penuh kebiadaban menghina pula DYMM Sultan Perak dan DYTM Raja Muda Perak dengan kata-kata nyanyuk dan menanti untuk menjadi ahli neraka.

Selanjutnya:

Read more...

Wednesday, August 5, 2009

27 NGO Islam desak Ooi letak jawatan

NASIONAL
27 NGO Islam desak Ooi letak jawatan

GEORGETOWN: Dua puluh tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini mendesak Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Ooi Chuan Aun meletak jawatan sebagai Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri kerana kenyataannya mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis atau pengganas. NGO bernaung di bawah Forum Penyelarasan Umat (Forum) itu juga menuntut supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng memecatnya jika Ooi enggan meminta maaf berikutan kenyataannya menimbulkan kemarahan umat Islam. Wakil kumpulan itu, Md Roslan Hashim, berkata pihaknya kesal dengan kenyataan Ooi atas pandangan negatifnya terhadap syariah Islam yang mengaitkannya dengan keganasan.

"Forum kesal apabila beliau sebagai Ahli Parlimen di negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan jahil mengenai Islam dan mengeluarkan kenyataan berbaur jahat. "Sehubungan itu, kami menggesa beliau meletak jawatan atau Ketua Menteri memecatnya kerana ia menimbulkan kemarahan umat Islam, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam," katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Guan Eng di pejabatnya di sini, semalam. Sabtu lalu, Ooi menuduh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis Islam dengan cuba menjadikan Malaysia sebagai negara menggunakan undang-undang syariah kerana menganggotai Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Berita Harian 6 Ogos, 2009

Read more...

Mesyuarat Pertama Perkasa Sabah

Tempat: Century Hotel, Kota Kinabalu
Tarikh 5 Ogos, 2009
Masa: 2.00-3.30 p.m.

Agenda:

1. Perutusan Pengerusi Penaja
2. Pengenalan Perkasa
3. Keperluan Pendaftaran Perkasa Sabah
4. Lain-lain Hal
5. Perbincangan am dan permohonan keahlian
6. Jamuan Ringan.
7. Bersurai

Read more...
Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Pertubuhan.

GEOCOMPUTER

Neo Counter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP