Thursday, April 15, 2010

PERKASA SOKONG POLITIK YANG JAMIN MASA DEPAN MELAYU!

Datuk Zaid Ibrahim. Calon PKR Hulu Selangor


Semalam saya hadir majlis menamakan calon BN di Command Center Barisan Nasional, Bukit Sentosa. Saya memandu kereta sewa Myvi ditemani sahabat saya, Bahari atau "ustaz". Kami bertolak dari The Mall kira-kira jam 2pm dan tiba di kawasan Bukit Sentosa sekitar jam 3pm.

Saya dan Ustaz makan tengah hari di sebuah gerai Kampung Baru yang menyediakan anika lauk pauk yang menyelerakan. Hari ini masuk hari yang ke 17 saya diet tidak makan nasi untuk mengurangkan perut yang boroi. Alhamdullilah, saya dah boleh pakai seluar saiz 36 daripada saiz 40.

Kami tiba di CC tepat jam 4pm. Kenderaan penuh sesak. Orang ramai kelihatan memenuhi ruang masuk tempat pengumuman calon. Suasana seperti pesta Jom Heboh! Sepanjang tepi jalan, kiri dan kanan dipenuhi kenderaan. Polis traffik turut membantu mengawal kesesakan lalu lintas. Saya hanya dapat parking kereta diblok kedai yang terbiar kira-kira 100 meter dari CC.

Dalam cuaca panas terik, saya dan ustaz menapak perlahan-lahan. Presiden MIC Datuk Seri Sammy Vellu dan SUA Barisan Nasional, Datuk Tengku Adnan sedang berdiri ditengah panas terik sewaktu saya masuk ke gerbang CC. Kami bersalam. Saya anggarkan lebih 5000 orang berada di kawasan itu.

Kira-kira jam 5pm, Tan Sri Mahyuddin tiba dengan baju berwarna biru tertulis di kanan baju nama MAHYUDDIN. Biru ialah  konsep warna  Barisan Nasional. Saya duduk bersebelahan dengan Dr Zubir, YDP Perkasa Pahang. Kami hanya sempat bersalam. Mahyuddin seperti biasa, hanya sekadar senyum. Tak sempat tanya kabar. 

Selepas lagu Negara Ku dan lagu Barisan Nasional, Pengarah Pilihanraya Kecil Hulu Selangor Dato Noh Omar memulakan majlis dengan memberi ucapan yang bersemangat.   Selepas itu ucapan giliran Mahyuddin memberi ucapan. Secara berseloroh, Mahyuddin kata dua hari sebelum hari pengumuman calon,  dia susah tidur. Asal lelap mata, terbayang muka Sammy Vellu. Asal mimpi mesti ada Sammy Vellu. Memang cerita itu mencuit hati penyokong-penyokong BN.

Mesej cerita lucu Mahyuddin itu sebenarnya memberitahu betapa sukarnya memilih calon dari MIC setelah MIC hanya menyokong Timbalannya Datuk G. Palanivel yang pernah menjadi MP Hulu Selangor selama 4 penggal. Namun berdasar respon akar umbi, mereka mahu perubahan calon. Maka itu pucuk pimpinan BN kata Mahyuddin dengan ini memutuskan P. Kamalanthan sebagai calon BN di Hulu Selangor.

Sebaik nama Ketua Penerangan MIC itu  keluar dari mulut TPM, gemuruh tepukan dari penyokong India di belakang saya. Dalam ucapannya Sammy Vellu juga meminta semua ahli MIC bersatu padu menyokong calon yang terpilih. P. Kamalanathan dalam ucapannya begitu fasih berbahasa Melayu. Dia sempat berpantun, 'buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budah baru belajar, sokonglah saya dan undi Barisan Nasional'!

Perkasa Sabah berpendapat sokongan mestilah diberikan kepada parti politik yang menjamin masa depan politik bangsa Melayu/Pribumi di negara ini. Jika berdasarkan calon, sewajarnya Perkasa menyokong calon Melayu dari PKR, Datuk Zaid Ibrahim sejajar dengan perjuangan Melayunya.

Namun Perkasa melihat perjuangan membela Melayu dalam konteks yang lebih besar. Parti yang diwakili calon Melayu dalam PRK Hulu Selangor tidak menjamin survival politik bangsa Melayu kerana dalam Pakatan Rakyat, parti yang amat berpengaruh ialah parti DAP. Manakala dalam BN, yang berpengaruh ialah UMNO.

Fikir-fikirkanlah! 

Read more...
Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Pertubuhan.

GEOCOMPUTER

Neo Counter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP