Friday, January 29, 2010

PERASMIAN PERKASA SELANGOR
AKAN DI RASMIKAN OLEH MANTAN PERDANA MENTERI YABhg. TUN DR MAHATHIR MUHAMAD.

PADA JAM 2.00 PETANG ,HARI INI (SABTU), BERSAMAAN 30 JAN. 2010 BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA MPAJ JALAN AU5,TAMAN KERAMAT, SELANGOR DARUL EHSAN. DATANGLAH BERAMAI RAMAI.

Psssttt...Pakatan Iblis Sabotaj Majlis PERKASA...Kecoh..Kecoh..


Terima Kasih PAPA GOMO

Read more...

Thursday, January 21, 2010

Perkasa, Umno dan Orang Melayu — Kamarulzaman Kamdias


Yang DiPertua Perkasa Sabah, Sdr. Musli Haji Oli, berucap semasa Pelancaran Perkasa Negeri Johor.


JAN 21 — Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali nampaknya boleh diharap. Kalau dilihat dari apa yang telah dan sedang diperjuangkan oleh Perkasa, mirip kepada apa yang telah diperjuangkan oleh Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak.

Hakikatnya, apa yang di bawa oleh Perkasa hari ini sebenarnya itulah perjuangan sebenar Umno seperti mana yang telah dipelopori oleh pejuang terdahulu.

Kalau golongan muda ingin lihat bagaimana perjuangan Umno dulu-dulu, lihatlah apa yang diperjuangkan oleh Perkasa pada hari ini. Itulah gambarannya.

Gambaran perjuangan itulah yang pernah membuatkan hampir keseluruhan orang Melayu bergabung di bawah 1 panji-panji, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.  [selanjutnya]

Read more...

Saturday, January 2, 2010

Aktivis Islam rancang adakan demonstrasi

Pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia telah menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lalu yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catolic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dan merancang untuk mengadakan demonstrasi.

Setiausaha agung Pribumi Perkasa, Syed Hassan Syed Ali memberitahu AFP yang pihaknya merancang mengadakan satu demonstrasi besar untuk membantah keputusan mahkamah itu. Katanya, beliau dan 50 aktivis Melayu telah mengadakan protes berhubung keputusan tersebut Jumaat lalu. [Selanjutnya]

Related

Read more...

Tuesday, December 29, 2009

Serahkan Jawatan MB Kepada Anuar Tan - Ibrahim Ali


Datuk Anuar Tan Abdullah dan Datuk Nik Aziz Nik Mat

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali hari ini mengalu-alukan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Anuar Tan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, jika Mursyidul Am Pas itu benar-benar ikhlas terhadap kenyataannya dan bukan hanya gimik politik, beliau seharusnya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Anuar.

"Paling tidak lantik (Anuar) sebagai Timbalan Menteri Besar dan saya mahu lihat apakah mendapat sokongan daripada pimpinan Pas yang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini. Selanjutnya

Read more...

Saturday, December 26, 2009

LAGI Masalah Peniaga Bumiputera: Shafie Mahu Kemelut Di Anggerik Mall Selesai Dalam Dua Minggu Ini

26 Disember, 2009 20:22 PM


Shafie Mahu Kemelut Di Anggerik Mall Selesai Dalam Dua Minggu Ini SHAH ALAM, 26 Dis (Bernama) -- Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada hari Sabtu berkata beliau mahu masalah antara peniaga dan pihak pengurusan Anggerik Mall di sini dapat diselesaikan dalam seminggu dua ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Usahawan Anggerik Mall (PUAM) dan Inno Elegan Sdn. Bhd, syarikat yang dilantik untuk mengurus kompleks kedai dan pejabat milik MARA itu di sini. Selanjutnya

Read more...

Friday, December 25, 2009

Ibrahim Ali tidak hairan cubaan burukkan Dr. M

KUALA LUMPUR 25 Dis. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali tidak hairan dengan tindakan pihak tertentu yang memburuk-burukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad termasuk melalui penulisan buku.

Katanya, Dr. Mahathir mempunyai ramai musuh dari dalam dan luar negara kerana kebijaksanaannya dalam memimpin negara dan lantang mengkritik banyak pihak terutama negara barat ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

"Dr. Mahathir ada musuh di mana-mana saja, di dalam dan luar negara kerana ramai yang takut dengan kejayaannya. Jadi saya tidak hairan kalau ada yang cuba memburuk-burukkan beliau.

"Ia termasuk menghasilkan buku dengan dakwaan yang bermacam-macam mengenainya. Sekarang pun sudah ramai penulis upahan yang boleh buat begitu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan penulis yang berpangkalan di Singapura, Barry Wain yang menulis buku mengenai Dr. Mahathir ketika pentadbirannya menerusi Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times.

Barry antara lain mendakwa Dr. Mahathir menyebabkan kerajaan kerugian sehingga RM100 bilion.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang kemudiannya mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Cabaran Kit Siang itu disahut oleh Dr. Mahathir yang meminta kerajaan bersikap telus dan membuka semua siasatan berhubung perbelanjaan pada era pentadbirannya.

Ibrahim berkata, beliau menyokong cadangan Dr. Mahathir itu dan menggesa kerajaan melakukan siasatan terperinci dan terbuka.

Beliau juga menggesa Dr. Mahathir mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan ekoran dakwaan itu.

Read more...

Sunday, December 20, 2009

Ketuanan Melayu boleh hilang

 
 Ibrahim Ali bersalaman dengan hadirin pada majlis pelancaran Perkasa Perlis di Kangar, semalam,

KANGAR 20 Dis. - Hak ketuanan Melayu akan hilang di Malaysia jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas terus diperalatkan DAP untuk menumbangkan UMNO menerusi sistem pilihan raya umum.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tanda-tanda ke arah itu semakin ketara ditunjukkan terutama di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Menurutnya, sejak kebelakangan ini golongan bukan Melayu terutama Cina dan India semakin berani mempertikaikan hak ketuanan Melayu dan bumiputera di Malaysia.

"Mereka yang terdiri daripada ahli-ahli politik itu kian  berani bertindak kerana puak-puak ini bersekongkol dengan PKR dan Pas," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Perkasa Perlis yang dihadiri kira-kira 500 orang di Hotel Putra Palace di sini malam tadi.

Ibrahim memberitahu, salah satu sebab bukan Melayu kian berani mempertikaikan hak ketuanan di negara ini ialah kerana mereka bersekongkol dan mendapat sokongan daripada PKR dan Pas. Contohnya, kata beliau, apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri terus diperalatkan bukan Melayu terutama DAP.

"Anwar sahabat saya. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri dan menggunakan pelbagai cara bagi mencapai cita-cita itu. Anwar menjanjikan pelbagai ganjaran mengikut kemahuan orang Cina dan India yang menyokongnya. "Orang Melayu di Malaysia perlu sedar, bahawa kedudukan mereka di tanah air sendiri kini umpama telur di hujung tanduk," tegasnya.

Selain itu, Ibrahim menyatakan bahawa UMNO kini sedang berlumba- lumba dengan Pas untuk mendapatkan sokongan bagi meraih undi Cina melalui pilihan raya.

"Perkasa mendapati bukan sahaja Pas cenderung meraih undi Cina, UMNO pun sama. Dalam hal ini, Perkasa mengingatkan semua parti jangan sesekali menggadai maruah dan hak ketuanan Melayu hanya kerana kepentingan parti," ujarnya. Sehubungan itu, beliau mengingatkan ahli Perkasa agar sentiasa berani bertindak demi hak pribumi di Malaysia.

UTUSAN MALAYSIA

Read more...
Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Pertubuhan.

GEOCOMPUTER

Neo Counter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP