Wednesday, December 16, 2009

PELANCARAN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA-PERKASA -SABAH


Dari kiri; Penyampai Kertas Kerja:  Dr. Zubir, Dr. Kadir Jaafar, Tn Haji Simon Ongki dan Ybhg. En Lamjin Atoh, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Sabah sebagai Moderator


 Barisan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Sabah Bergambar bersama Tetamu Kehormat Datuk Sroi Panglima Salleh Tun Said  dan Presiden Perkasa Malaysia Dato Ibrahim Ali
 
Penyampaian ‘KERIS PERKASA’ kepada Allahyarham YABhg. Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun yang dianugerahakan “PAHLAWAN PRIBUMI PERKASA NEGARA”. Anugerah ini adalah anugerah tertinggi dari senarai anugerah Perkasa. Cucunda Tun menerima Anugerah tersebut dari Tetamu Kehormat Datuk Salleh Tun Said.
 
Sdr Musli Haji Oli menerima Watikah Perlantikan sebagai Yang DiPertua Perkasa Negeri Sabah dari Presiden Perkasa Malaysia Dato Ibrahim Ali

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkas-Sabah telah berjaya dilancarkan pada 12 Disember, 2009. Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah sebagai mewakili YAB Ketua Menteri Sabah. Majlis Pelancaran diadakan di Hotel Meridien, Kota Kinabalu dan dihadiri seramai lebih kurang 450 tetamu jemputan, ahli-ahli persatuan NGO Sabah, orang ramai dan ahli-ahli Perkasa.

Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran YB Puan Hajah Zainab Haji Ahmad , Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat. Seramai 16 orang rombongan Perkasa dari Semenanjung Malaysia juga turut hadir. yang diketuai oleh Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali. Beberapa tetamu khas yang terdiri dari  pemimpin veteran UMNO dan teman-teman rapat almarhum Tun Mustapha semasa hayatnya dan bekas ahli-ahli USNO.

Pada siang hari sebelum pelancaran Perkasa, satu  Seminat Wacana Ilmu bertajuk "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Satu Retorik?" telah diadakan. Seminar ini adalah Anjuran Perkasa Sabah dengan Kerjasama Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah-USBO, Persatuan Sama Sabah-PSS  da Persatuan Murut Sabah-PMS. Tiga Kertas kerja telah dibentangkan oleh Dr. Zubir, Pekasa Pusat, Dr. Kadir Jaafar seorang Ahli Akademik dan Konsultan dan Tuan Haji Samion Ungki, Dari JASA, seorang pemimpin Masyarakat dan Pegawai Kerajaan. Seminar dikendalikan seorang Tokoh Pendidikan iaitu Sdr. Lamjin Atoh, Pengarah Pusat Pembelajaran Sabah  Universiti Terbuka Malaysia-OUM. Peserta yang mengahdiri seminar ialah seramai 165 orang yang terdiri dari NGO dari pelbagai lapisan masyarakat dan masyarakat pribumi akar umbi.

Satu Pameran mengenai Pejuang Pribumi Memperkasa Negara, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun turut diadakan sepanjang program seminar dan Pelancaran Perkasa. Pameran ini adalah atas kerjasama Jabatan Arkib Negeri Sabah dan Perpustakaan Yayasan Sabah.

Secara keseluruhan Program yang julung kali diadakan oleh Perkasa Sabah dan Majlis Pelancaran Perkasa Sabah dianggap sebagai "grand" oleh kebanyakan terutama rombongan Perkasa Pusat kerana telah berjaya menghimpunkan  peserta seminar dari gabungan peserta pribumi akar umbi, pegawai kerajaan, pemimpin dan ahli-ahli NGO dan golongan veteran.

Pelancarannya pula dihiasi dengan persembahan penthomin Perjuang Pribumi dalam melawan Penjajah Inggeris, Persembahan Kebudayaan Pribumi Sabah dan penganugerahan Tokoh Pahlawan Peribumi Perkasa Negara-Tun Mustapha. Anugerah ini diterima sendiri oleh cucunda Tun. Bagai dirancang, kehadiran cucunda Tun menerima anugerah ini meniupkan lagi semangat golongan muda untuk menghargai sejarah dan perjuang an Al-Mahrum Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun dalam menyatukan rakyat negeri Sabah dan Pribumi Negeri Sabah yang terdiri dari lebih 32 etnik.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga.

Sempena Pelancaran Perkasa Sabah itu,  Ahli jawatankuasa telah diumumkan oleh Presiden Perkasa Malaysia. Mereka terdiri dari:-


AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA SABAH 


Yang DiPertua: Musli Haji Oli
Timbalan Yang DiPertua: Lidu Johari @ Serirama
Naib Yang DiPertua I: Nordeen Thani
Naib Yang DiPertua II: Laliman Haji Ahmad
Setiausaha Kehormat: Kibin Haji Samad
Bendahari: Jikran Mahmud
Ketua Penerangan: Mohd. Adzlan Bahanda
Ketua Wanita: Anne Sidek
Ketua Wira: M. Jumali Harun
Ketua Serikandi: Nurul Fadzilah Nordin

AHLI JAWATANKUASA:
Dr. Mohd. Hafizi Yusof, Ir. Ajin Gagah, Nandra Hitung, Ir. Azman Ajik, Hashim Anda, Jamal Sulai, Jablee Jaratul, Hamzah Janang, Hamzah Lahap, Azrul Puddin, Ir. Musram Haji Rakunman, Mohd Amin Gawis dan Awang Ramli Gati. 

0 comments:

Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Pertubuhan.

GEOCOMPUTER

Neo Counter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP