Showing posts with label Perkasa Sabah. Show all posts
Showing posts with label Perkasa Sabah. Show all posts
Sunday, February 7, 2010
Saturday, January 30, 2010
PERKASA SELANGOR Disempurnakan Perasmiannya Oleh Y.A.Bgh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Yang DiPertua Perkasa Sabah, Sdr. Musli Oli Berucap semasa Pelancaran Perkasa Selangor yang dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali.
Tun Dr. Mahathir Mohamad disambuat oleh ribuan ahli dan penyokong Perkasa sempena Perasmian
Pelancaran Perkasa Selangor.
PERASMIAN PERKASA SELANGOR
DISEMPURNAKAN OLEH MANTAN PERDANA MENTERI YABhg. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.
PADA JAM 2.00 PETANG ,HARI INI (SABTU), BERSAMAAN 30 JAN. 2010 BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA MPAJ JALAN AU5,TAMAN KERAMAT, SELANGOR DARUL EHSAN.
Kira-kira 3,000 ahli-ahli dan penyokong Perkasa telah hadir sempena Majlis Pelancaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia-PERKASA Selangor. Majlis disempurnakan perasmiannya oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Pada awalnya dilaporkan bahawa terdapat pihak tertentu yang cuba menggagalkan Majlis ini, namun sokongan yang padu terhadap PERKASA tidak mampu mnghalang orang ramai, penyokong dan ahli-ahli Perkasa untuk menjayakan program ini.
Tun telah berucap dengan penuh semangat yang mengambil masa lebih satu jam. Turut berucap, ialah Yang DiPertuan Perkasa Sabah Sdr. Musli Haji Oli. Dalam satu Pesanan Ringkas yang saya terima, mukadimah ucapan Musli "....Alhamdulilah Tun, setelah usia saya 50 tahun, saya berpeluang berucap, Tun mendengar. Selama 22 tahun Tun berucap saya mendengar..." membuat audiance ketawa ceria. Turut hadir dalam majlis itu ialah YB. Datuk Nor Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
Read more...
Labels:
Perkasa Sabah
Friday, January 29, 2010
PERASMIAN PERKASA SELANGOR
AKAN DI RASMIKAN OLEH MANTAN PERDANA MENTERI YABhg. TUN DR MAHATHIR MUHAMAD.
PADA JAM 2.00 PETANG ,HARI INI (SABTU), BERSAMAAN 30 JAN. 2010 BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA MPAJ JALAN AU5,TAMAN KERAMAT, SELANGOR DARUL EHSAN. DATANGLAH BERAMAI RAMAI.
Psssttt...Pakatan Iblis Sabotaj Majlis PERKASA...Kecoh..Kecoh..
Terima Kasih PAPA GOMO Read more...
Labels:
Malaysian Politic,
Perkasa Sabah
Thursday, January 21, 2010
Perkasa, Umno dan Orang Melayu — Kamarulzaman Kamdias
Yang DiPertua Perkasa Sabah, Sdr. Musli Haji Oli, berucap semasa Pelancaran Perkasa Negeri Johor.
JAN 21 — Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali nampaknya boleh diharap. Kalau dilihat dari apa yang telah dan sedang diperjuangkan oleh Perkasa, mirip kepada apa yang telah diperjuangkan oleh Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak.
Hakikatnya, apa yang di bawa oleh Perkasa hari ini sebenarnya itulah perjuangan sebenar Umno seperti mana yang telah dipelopori oleh pejuang terdahulu.
Kalau golongan muda ingin lihat bagaimana perjuangan Umno dulu-dulu, lihatlah apa yang diperjuangkan oleh Perkasa pada hari ini. Itulah gambarannya.
Gambaran perjuangan itulah yang pernah membuatkan hampir keseluruhan orang Melayu bergabung di bawah 1 panji-panji, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. [selanjutnya]
Read more...
Hakikatnya, apa yang di bawa oleh Perkasa hari ini sebenarnya itulah perjuangan sebenar Umno seperti mana yang telah dipelopori oleh pejuang terdahulu.
Kalau golongan muda ingin lihat bagaimana perjuangan Umno dulu-dulu, lihatlah apa yang diperjuangkan oleh Perkasa pada hari ini. Itulah gambarannya.
Gambaran perjuangan itulah yang pernah membuatkan hampir keseluruhan orang Melayu bergabung di bawah 1 panji-panji, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. [selanjutnya]
Labels:
Isu Peribumi,
Perkasa Sabah
Wednesday, December 16, 2009
PELANCARAN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA-PERKASA -SABAH
Dari kiri; Penyampai Kertas Kerja: Dr. Zubir, Dr. Kadir Jaafar, Tn Haji Simon Ongki dan Ybhg. En Lamjin Atoh, Pengarah Pusat Pembelajaran OUM Sabah sebagai Moderator
Barisan Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Pribumi Perkasa Negeri Sabah Bergambar bersama Tetamu Kehormat Datuk Sroi Panglima Salleh Tun Said dan Presiden Perkasa Malaysia Dato Ibrahim Ali
Penyampaian ‘KERIS PERKASA’ kepada Allahyarham YABhg. Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun yang dianugerahakan “PAHLAWAN PRIBUMI PERKASA NEGARA”. Anugerah ini adalah anugerah tertinggi dari senarai anugerah Perkasa. Cucunda Tun menerima Anugerah tersebut dari Tetamu Kehormat Datuk Salleh Tun Said.
Sdr Musli Haji Oli menerima Watikah Perlantikan sebagai Yang DiPertua Perkasa Negeri Sabah dari Presiden Perkasa Malaysia Dato Ibrahim Ali
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkas-Sabah telah berjaya dilancarkan pada 12 Disember, 2009. Pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah sebagai mewakili YAB Ketua Menteri Sabah. Majlis Pelancaran diadakan di Hotel Meridien, Kota Kinabalu dan dihadiri seramai lebih kurang 450 tetamu jemputan, ahli-ahli persatuan NGO Sabah, orang ramai dan ahli-ahli Perkasa.
Majlis juga dimeriahkan dengan kehadiran YB Puan Hajah Zainab Haji Ahmad , Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat. Seramai 16 orang rombongan Perkasa dari Semenanjung Malaysia juga turut hadir. yang diketuai oleh Presiden Perkasa YB Dato Ibrahim Ali. Beberapa tetamu khas yang terdiri dari pemimpin veteran UMNO dan teman-teman rapat almarhum Tun Mustapha semasa hayatnya dan bekas ahli-ahli USNO.
Pada siang hari sebelum pelancaran Perkasa, satu Seminat Wacana Ilmu bertajuk "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan Satu Retorik?" telah diadakan. Seminar ini adalah Anjuran Perkasa Sabah dengan Kerjasama Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah-USBO, Persatuan Sama Sabah-PSS da Persatuan Murut Sabah-PMS. Tiga Kertas kerja telah dibentangkan oleh Dr. Zubir, Pekasa Pusat, Dr. Kadir Jaafar seorang Ahli Akademik dan Konsultan dan Tuan Haji Samion Ungki, Dari JASA, seorang pemimpin Masyarakat dan Pegawai Kerajaan. Seminar dikendalikan seorang Tokoh Pendidikan iaitu Sdr. Lamjin Atoh, Pengarah Pusat Pembelajaran Sabah Universiti Terbuka Malaysia-OUM. Peserta yang mengahdiri seminar ialah seramai 165 orang yang terdiri dari NGO dari pelbagai lapisan masyarakat dan masyarakat pribumi akar umbi.
Satu Pameran mengenai Pejuang Pribumi Memperkasa Negara, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun turut diadakan sepanjang program seminar dan Pelancaran Perkasa. Pameran ini adalah atas kerjasama Jabatan Arkib Negeri Sabah dan Perpustakaan Yayasan Sabah.
Secara keseluruhan Program yang julung kali diadakan oleh Perkasa Sabah dan Majlis Pelancaran Perkasa Sabah dianggap sebagai "grand" oleh kebanyakan terutama rombongan Perkasa Pusat kerana telah berjaya menghimpunkan peserta seminar dari gabungan peserta pribumi akar umbi, pegawai kerajaan, pemimpin dan ahli-ahli NGO dan golongan veteran.
Pelancarannya pula dihiasi dengan persembahan penthomin Perjuang Pribumi dalam melawan Penjajah Inggeris, Persembahan Kebudayaan Pribumi Sabah dan penganugerahan Tokoh Pahlawan Peribumi Perkasa Negara-Tun Mustapha. Anugerah ini diterima sendiri oleh cucunda Tun. Bagai dirancang, kehadiran cucunda Tun menerima anugerah ini meniupkan lagi semangat golongan muda untuk menghargai sejarah dan perjuang an Al-Mahrum Tun Datu Haji Mustapha Bin Datu Harun dalam menyatukan rakyat negeri Sabah dan Pribumi Negeri Sabah yang terdiri dari lebih 32 etnik.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga.
Sempena Pelancaran Perkasa Sabah itu, Ahli jawatankuasa telah diumumkan oleh Presiden Perkasa Malaysia. Mereka terdiri dari:-
AHLI JAWATANKUASA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA SABAH
Yang DiPertua: Musli Haji Oli
Timbalan Yang DiPertua: Lidu Johari @ Serirama
Naib Yang DiPertua I: Nordeen Thani
Naib Yang DiPertua II: Laliman Haji Ahmad
Setiausaha Kehormat: Kibin Haji Samad
Bendahari: Jikran Mahmud
Ketua Penerangan: Mohd. Adzlan Bahanda
Ketua Wanita: Anne Sidek
Ketua Wira: M. Jumali Harun
Ketua Serikandi: Nurul Fadzilah Nordin
AHLI JAWATANKUASA:
Dr. Mohd. Hafizi Yusof, Ir. Ajin Gagah, Nandra Hitung, Ir. Azman Ajik, Hashim Anda, Jamal Sulai, Jablee Jaratul, Hamzah Janang, Hamzah Lahap, Azrul Puddin, Ir. Musram Haji Rakunman, Mohd Amin Gawis dan Awang Ramli Gati.
Labels:
Perkasa Sabah
Thursday, September 3, 2009
Kementerian Perumahan sedia kaji kadar bantuan bagi program PKB-Datuk Lajim Ukin
KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia mengkaji kadar bantuan bagi Program Pembasmian Kemiskinan Dalam Bandar (PKB) agar ianya lebih sesuai dengan keperluan kos sara hidup di kawasan bandar yang semakin meningkat.
Timbalan menterinya, Datuk Lajim Ukin, berkata PKB yang mula diperkenalkan oleh kerajaan pusat sejak tahun 2006 bertujuan untuk membantu rakyat miskin di kawasan bandar.
Bagaimanapun katanya, kadar bantuan yang diberikan tidak setimpal dengan keperluan semasa terutamanya dalam peningkatan kos sara hidup yang agak tinggi di kawasan bandar.
“Ketetapan kadar bantuan ini telah ditentukan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) Jabatan,” katanya. Ssemasa diwawancara secara langsung dalam Program Helo Malaysia Bernama TV malam Rabu. Lajim berkata, kementeriannya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) hanya bertanggungjawab untuk mengagih-agihkan bantuan ini kepada mereka yang layak di kawasan PBT masing-masing.
Menurutnya, kadar yang telah ditetapkan sekarang bagi rakyat di kawasan bandar di Semananjung Malaysia mereka yang berpendapatan RM740 sebulan, di Sarawak RM 860 sebulan sementara di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah bagi mereka yang berpendapatan sekitar RM970 sebulan adalah layak menerima program berkenaan.
Beliau berkata, jika mengambi kira dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini sudah tentu kadar bantuan ini agak rendah.
Justeru itu, katanya, kementerian berkenaan sedia mengkaji dengan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menentukan kadar bantuan PKB yang lebih sesuai mengikut keperluan semasa.
Katanya, bagi program bantuan PKB itu, mereka yang layak akan menerima bantuan dari segi pembayaran sewa rumah, keperluan pendidikan anak-anak termasuk bantuan perubatan bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang.
Dalam perkembangan yang sama Lajim berkata, untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) kementerian beliau telah diperuntukkan sejumlah RM130 juta untuk melaksankan program itu.
“Setakat 31 Julai tahun ini lebih dari RM 70 juta telah pun diagih-agihkan kepada keseluruhan PBT di negera ini,” katanya.
Selain itu, katanya, kementeriannya, juga turut memberikan perhatian terhadap perlaksanaan projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan harapan ianya dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk menduduki rumah yang lebih selesa.
“Program ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam bandar,” tambahnya.
Sabah Times
03 Sept 09
Labels:
Perkasa Sabah
Wednesday, August 5, 2009
Mesyuarat Pertama Perkasa Sabah
Tempat: Century Hotel, Kota Kinabalu
Tarikh 5 Ogos, 2009
Masa: 2.00-3.30 p.m.
Agenda:
1. Perutusan Pengerusi Penaja
2. Pengenalan Perkasa
3. Keperluan Pendaftaran Perkasa Sabah
4. Lain-lain Hal
5. Perbincangan am dan permohonan keahlian
6. Jamuan Ringan.
7. Bersurai
Labels:
Perkasa Sabah
Subscribe to:
Posts (Atom)










