Wednesday, August 5, 2009

27 NGO Islam desak Ooi letak jawatan

NASIONAL
27 NGO Islam desak Ooi letak jawatan

GEORGETOWN: Dua puluh tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini mendesak Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Ooi Chuan Aun meletak jawatan sebagai Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri kerana kenyataannya mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis atau pengganas. NGO bernaung di bawah Forum Penyelarasan Umat (Forum) itu juga menuntut supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng memecatnya jika Ooi enggan meminta maaf berikutan kenyataannya menimbulkan kemarahan umat Islam. Wakil kumpulan itu, Md Roslan Hashim, berkata pihaknya kesal dengan kenyataan Ooi atas pandangan negatifnya terhadap syariah Islam yang mengaitkannya dengan keganasan.

"Forum kesal apabila beliau sebagai Ahli Parlimen di negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan jahil mengenai Islam dan mengeluarkan kenyataan berbaur jahat. "Sehubungan itu, kami menggesa beliau meletak jawatan atau Ketua Menteri memecatnya kerana ia menimbulkan kemarahan umat Islam, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam," katanya selepas menyerahkan memorandum kepada Guan Eng di pejabatnya di sini, semalam. Sabtu lalu, Ooi menuduh seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis Islam dengan cuba menjadikan Malaysia sebagai negara menggunakan undang-undang syariah kerana menganggotai Jemaah Islah Malaysia (JIM).
Berita Harian 6 Ogos, 2009

0 comments:

Sila ambil perhatian bahawa penulisan-penulisan yang disumbangkan ke laman web ini bukanlah pandangan rasmi Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia kecuali yang dikeluarkan secara rasmi dari masa ke semasa oleh pihak Pertubuhan.

GEOCOMPUTER

Neo Counter

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP