Kaum lain wajar menilai pengorbanan Melayu
Oleh Jamhariah Jaafar-Berita harian 21 Ogos, 09
ADA cadangan supaya tradisi pengagihan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) antara parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diguna pakai sekarang perlu dikaji semula dengan mengambil kira kehendak pengundi di sesuatu kawasan itu.
Cadangan itu dilontarkan Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Pengagihan kerusi ketika ini mengikuti konsep ‘diwarisi’ iaitu parti sama bertanding kawasan diperuntukkan kepadanya walaupun peluang menang tipis.
Entah bagaimana isu mengenai agihan kerusi itu muncul kembali di kalangan pemimpin BN. Mungkin disebabkan kemelut perkauman yang makin terasa sejak akhir-akhir ini, mendorong Mohamed Khaled membuat cadangan yang agak mengejutkan itu.
Menurut Mohamed Khaled, mungkin sudah tiba masanya tradisi itu dikaji semula sebagai salah satu aspek transformasi untuk memastikan kejayaan kepada BN, dengan mengambil kira kehendak pengundi termasuk komposisi kaum di sesuatu
Cadangan ini menerima pro dan kontra ahli akademik dan politik. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain, bersetuju dengan pendapat Khaled supaya agihan kerusi dibuat berdasar komposisi bangsa pengundi.
“Sepatutnya calon diletakkan mengikut kehendak pengundi bukannya secara tradisi. Jika letak calon MCA tetapi (akan) ditolak lebih baik letak calon Umno ataupun MIC, begitu jugalah sebaliknya,” katanya.
Pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, berkata sudah tiba masanya BN membuat pertimbangan mengenai perkara ini dan apa pun keputusannya, ia perlu mendapat persetujuan semua parti komponen BN manakala peratusan pengagihan juga tidak memberi kesan terhadap mana-mana parti.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, pula berkata saranan Khaled boleh menimbulkan kontroversi dalam BN walaupun ramai yang sukakannya.
Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata cadangan Khaled tidak mungkin dapat diterima kerana parti komponen seperti MIC atau Parti Progresif Rakyat (PPP) akan menerima kesan serius kerana tidak ada bangsa India menjadi majoriti di mana-mana kerusi pilihan raya.
“Setakat ini, kawasan terbanyak pengundi India pun sekadar mencatat 29 peratus. Jika cadangan ini diambil kira, MIC dan PPP tidak akan mendapat sebarang kerusi. Pada saya, ini adalah cadangan peribadi Khaled,” katanya.
Mengimbau kepada pilihan raya pertama pada 1955 yang kali julung kali menggabungkan parti Umno, MCA dan MIC, jika dilihat dari segi pembahagian kerusi dan calon, ternyata Parti Perikatan (ketika itu) yang didominasi Umno membuat pengorbanan dan kompromi begitu besar.
Umno dengan rela hati bersetuju meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu, walaupun majoriti pengundi Melayu pada ketika itu ialah 84.2 peratus.
Sewajarnya berdasarkan bilangan pengundi, Umno boleh membentuk kerajaan dengan dua pertiga kerusi terdiri daripada calon Melayu tanpa perlu bergabung dengan MCA dan MIC, tetapi hal ini tidak dilakukan.
Sebaliknya, Umno sebagai sebuah parti berpaksikan bangsa Melayu, hanya diperuntukkan 35 kerusi (69 peratus) dan jika mengikut jumlah pengundi, MCA sepatutnya hanya mendapat dua kerusi, tetapi diberi sehingga 28 kerusi (tambahan 650 peratus). MIC yang sepatutnya tidak mendapat kerusi, diperuntukkan tiga kerusi (200 peratus kerusi tambahan).
Tunku Abdul Rahman ketika itu menegaskan “orang Melayu sedia memberikan hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberi pengorbanan yang begitu banyak daripada hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada kaum bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang berbudi sebegitu banyak seperti yang diperbuat orang Melayu.”
Sikap toleransi, rela berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman yang dipamerkan bangsa Melayu ketika itu turut diakui dan diiktiraf oleh pemimpin bukan Melayu seperti diperkatakan bekas Setiausaha Agung MCA, TH Tan iaitu:
“... mereka (bangsa Melayu) dengan penuh rela menyokong calon-calon Perikatan berbangsa Cina dan India. Bukan saja mereka melepaskan kerusi yang tidak syak lagi boleh menjadi milik mereka, tapi mereka bekerja keras, sedaya upaya untuk calon Cina dan India.”
Cadangan Khaled adalah luahan kekecewaan bangsa Melayu melihat teman bangsa lain yang cuba mempolemikkan kembali isu perkauman. Sikap toleransi, berkongsi kuasa, sedia berkorban dan persefahaman sewajarnya bukan hanya berada atau diminta berada di sanubari bangsa Melayu... bangsa Malaysia lain juga patut menyemai nilai sama di dalam diri masing-masing.
Justeru, tidak ada pegangan dan pendirian yang lebih baik untuk menjadi amalan seluruh rakyat Malaysia hari ini, selain berpegang kepada konsep 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang nyata memiliki wawasan sama dengan Perdana Menteri Pertama.

0 comments:
Post a Comment